Monday, May 23, 2011

takziah

pagi ni..datang ngan muka tak cukup tido..dari ampang ke ostel..siap-siap terus turun padang..aerobik pastu main bola jaring..ermmm..penat lawan dengan lecturer..dah berpeluh-peluh tu..cik munie datang, duk sebelah..


munie: kau tahu abang sharil dah meninggal..
aku: abg sharil mane plak ni..
munie: yang selalu kacau kau tu masa main bola tampar..
aku: sape?
munie: ada la..kau mesti dah lupa kan..yang nyanyi lagu aku scandal tu..
aku: ish..tak ingatla munie..


munie buat muka geram..tarik tangan aku pegi kat notis board..mata melilau duk cari apa ntah..


munie: ni hah..abang sharil..chaq!..orang panggil dia chaq!..


aku melopong tgok gambar yang berapa jelas tu..lama kot aku tenung-tenung..baru teringat gambaran seorang senior yang selalu sangat duk menyakat aku masa main bola tampar.. telinga tetiba jadi panas..terngiang-ngiang suara ngan lawak dia kat cuping telinga..ya-Allah..kau tempatkanlah dia bersama-sama orang yang beriman..dan semoga rohnya dicucuri rahmat-Mu..


dari apa yang aku dengar..dia terlibat dalam kemalangan jalan raya..kena  langgar dengan lori..teruk..memang teruk..ermmm..takdir dia..hanya Kau yang menentukan hidup mati seseorang...dan berdoa..semoga semua insan yang amat-amat aku sayangi..berada dalam lindungan-Mu selalu..moga tiada malang yang menimpa..


dan kepada 16 mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh kat rumah anak yatim kat Hulu Langat..semoga ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan dicucuri rahmat-Mu..kecil lagi...ada yang baru berumur 8 tahun...dan yang paling tua berumur 34 tahun.. kehilangan permata negara ni memang memberi tamparan yang cukup-cukup hebat pada seluruh rakyat Malaysia secara umumnya..


yang cedera parah dan masih dirawat dihospital..semoga cepat sembuh..dan terus menjalani hidup dengan penuh ketabahan..trauma..,memang tak dapat nak dielak kan..hanya mereka yang mengalami sahaja yang memahami.. yang paling sedih bila, ada dikalangan mereka..kehilangan adik tersayang..~ tak sempat nak selamatkan adik...~..dan linangan airmata membasahi pipi..tabahlah..menghadapi hari esok buat semua adik-adik ku..dugaan terbesar buat kamu semua dari Allah s.w.t..agar kamu lebih tabah menghadapi hari mendatang..semoga hidup kamu semua dalam lindungan-Nya..isyaallah..


sedarlah hidup dan mati kita semua ditangan-Nya..tak kira tua atau muda..sakit ataupun sihat..andai ajal kita sudah sampai, pasti kita semua akan dijemput-Nya..hanya amalan yang menjadi bekalan.. ma dan abah..ampunkan segala dosa anakmu ini..tragedi buat aku sedar, betapa bertuahnya aku masih mempunyai kedua ibu bapa, ahli keluarga yang cukup mengambil berat dan dikelilingi insan-insan yang menyayangi aku..dan paling penting, hingga kini aku masih dibiarkan bernyawa..menjalani hari-hari..menikmati nikmat yang diberi oleh-Nya..semoga aku sentiasa dilandasan-Mu..dan tidak alpa dengan tanggungjawabku kepada-Mu..



No comments:

Post a Comment