Saturday, July 30, 2011

Hospital Jengka, Pahang....


          Nilah punca rezeki aku tuk teruskan sisa-sisa hidup aku. Mula-mula dapat sini, memang aku agak sedih jugaklah. Hari-hari aku cam rasa sebak, maklumlah aku tercampak sini sorang-sorang...ermmmm. Dan yang jadi mangsa kejadian aku kompem-kompemla my buddy. Hari-hari dia kol tanya, aku okay tak kat sana. Maka, aku ngan jayanya akan menjadi sebak..dan menangislah. Kat dia je aku cite lebih-lebih, bagi dia risau sikit..hehehehehe.
          Kalau abah kol ke, abang-abang kol ke, kak long kol ke, mak su aku kol...punya la aku berlagak. Okay je kat  sini..pastu kompem-kompem aku tak kan cakap banyak. Kalau mereka tanya jawapan aku okay ngan ya je. Hahahahaha...yela..cover kot..tahan nak nangis.WaaaaaaaaaT_T...tumpang umah orang plak tu. Sini nak dapat tempat tinggal gila punya susah. Sekarang dapat la masuk umah baru, dan aku ada bilik sendiri. Selesa la skit.
           Keje best!..serius aku cakap best. Staff semua baik sangat-sangat. Pegawai pun satu kepala.  Pastu ketua unit pun baik, nama dia Puan Nora..aku panggil kak Nora je. Siap ajak suh aku duk ngan dia masa bulan pose ni, nak masak sama-sama. Hehehehe..serius aku suka sangat-sangat environment keje kat sini. Yang paling penting, buat baik ngan orang, jaga perlakuan, jaga percakapan..insyallah dipermudahkan.
           Memandangkan aku yang paling kecik macam-macam la dorang bagi gelaran kat aku, chinonetla, kecik la, kenet la...cik mek molek la..aduii. Tambah-tambah abg Nuri tu, kaki sakat betol. Asal nampak je aku, ada je benda nak sakat. Tapi hari ni sunyi skit lab, aku pun leh bernafas ngan aman..sebab dia takde...atar anak kedua dia pergi Hospital Temerloh buat x-ray..retak tulang. Harap semua selamat..ermmm.
         Dan yang sorang lagi abg Rasul..aku panggil dia banyak kali pak cik..pak cik Rasul. Tapi dia suka bahasakan diri dia abg, so aku kena redha la panggil dia abg jugak. Dah 49 tahun umur. Muda 5 tahun dari ma. Dia panggil aku anak abah, huhuhuhu..sebab dia cakap aku manja. Yang paling takleh blah, mati-mati dia cakap aku anak bongsu. Dah berapa puluh kali aku cakap, aku ada 4 org lagi adik. Ishh..ishh.. cam mana la dia boleh tahu aku manja ngan abah ni...;P..mereka 2 orang ni PPK.
       Yang banyak sangat ngajar aku kompem-kompemla senior-senior aku..en Zainal, en Din, kak Tini ngan kak Agilah. En din kalau ngajar pasal mesin laju mengalahkan peluru berpandu. Macamla aku ni pandai sangat. Penat aku nak kejar..pastu bila aku buat muka blurr..dia bantai gelak ngan kak Agilah. Yela, mesin kot..bukan benda senang..mesin biochem plak tu. Stakat nak masuk sample aku tau la, ni cakap pasal Qc, calibration, graf ajar laju-laju mana la aku dapat tangkap. Pastu siap cakap lagi, raya ni xleh balik..kena buat oncall. Kalau tak fikir nak je aku buat..banyak tu duit oncall. Tapi dah janji dah nak pergi umah my buddy, wedding kak Dah.
      Kak Tini pun baik..selalu je ngajar aku pasal hema, bfmp, afb..banyaklah. Biasala, budak baru keje cam aku ni..banyak yang kena tanya. Nasib baiklah, kak Tini ni ringan je mulut nak explain banyak benda yang aku tak paham. Rasa cam nyesal je tak bawak note-note lama datang sini. Memang sangat-sangat berguna. Dan benda yang paling aku tak sabar sangat-sangat nak buat adalah...oncall. Huhuhu..banyak kot dapat duit..bayangkan En.Wan Rahim tak usik langsung duit gaji. Tapi dah 2 kali pergi buat umrah kot. Gile banyak duit dia dapat. ONCALL..ONCALL..ONCALL...WEEEEEEEEEEE..
      Kawan?....alhamdulillah..semua baik-baik je. Shikin banyak tolong aku, Eda pun sama. Tapi aku cam orang tengah gak la, sebab budak 2 orang ni takde la kamceng sangat. Serba salah pun ada gak.  Kalau tolak perlawaan sorang ni, yang sorang ni plak aku takot terasa hati. Both of them dah kawen dah, Eda baya aku..tapi Shikin setahun muda dari aku. Kawan memang main peranan penting tuk kita rasa best duk kat satu-satu tempat, serius aku cakap. Since dah kenal Shikin, Teha, Fiza dan yang pastinya Eda. Barulah aku rasa cam boleh bernafas ngan tenang sikit kat sini. Housemate aku Zamzurina, lecturer UiTM tu pun baik. Satu kapal ngan aku..raya nanti leh balik sama-sama..hehehe...Owah!, pose pon belom lagi cik kak sayang.
       Ermm, dah 2minggu kat sini..kejap je masa berlalu..harap Allah s.w.t permudahkan semua urusan aku kat sini, demi melaksanakan impian jangka panjang aku. Dan aku harap sangat hubungan aku ngan staf-staf kat sini terus kekal baik camni. Dan kamu yang jauh di mata, my buddy ku sayang..Mr shakirin..jaga diri elok-elok tau. Jangan nakal-nakal, dah pasang cctv tuk awasi kamu...hehehehe..terima kasih sebab selalu ada setiap saat. 

teringat plak memori kat Hospital Melaka..ermmm..rindu satff kat sana..
ni budak praktikal yg sama ngan aku lukis..hehehe..
tak pasal-pasal aku jadi bahan ngan staff kat sana..
serius rindu ngan semua...

No comments:

Post a Comment