Friday, August 5, 2011

terus hilang excited!!

               ye aku excited..ngan muka xberapa nak tebal aku masuk bilik pegawai. Ada rancangan besar..besau punya!!..muka dah buat sehabis manis mungkin. Ketuk-ketuk pintu..nak je terpancul bagi salam..lupa lak dia nonmuslim...hehehe...selamat pagi jela..


bos:~hah!!..yana..awak dah tengok jadual bulan 8?..~ 
aku buat muka 3posen, mesti pasal raya ni


aku:~belom la encik, kenapa ?~...
dia sengih sampai telinga..


bos:~saya ingat awak datang sebab dah tengok jadual tu. Kenapa nak jumpa saya ni?.~


aku:~saya ngat nak minta cuti la besok..boleh tak?..~ 
muka yang pasti minta simpati 3 cupak.


bos:~boleh..awak isi je borang cuti ni. Nanti saya cop~
         
              weeeeeeeeee...aku senyum meleret. HUHUHU, tak payah nak cite pnjang lebar. Aku kuar ngan muka cam baru dapat baby. Bahagianya dalam hati. Ada rancangan besar nak buat besok. Ambik phone mesej dulu, betul ke dia cuti ey..baru rasa nak garu kepala yang tak gatal. Mesej dah send dah, tapi sabor jela..membutha la tu. Ngoi kan pale hotak aku. Ikot suka je buat keputusan last minit. Semata-mata nak jumpa dia. Excited ni...ni bukan syaitan yang menghasut..tapi nafsu nak jumpa ngan kesayangan yang menghasut..sabor ye semua..hehehehe. Kan aku dah cakap, aku rindu..buat jela, benda yang boleh hilangkan rindu aku ni.Tapi aku tak suka bila orang hilangkan rasa excited aku...ngan banyak sangat soalan.
           Kadang aku fikir, aku suka sangat buat apa je yang aku terlintas nak buat kat kepala.Kadang orang kata jangan pun, kalau aku nak buat aku buat jugak.hehehehe.. Takpela, aku buat tuk kebahagiaan aku, bukan memudaratkan aku pon. Takdenye main nak pendam-pendam ni, nak tangguh-tangguh...sebab aku akan buat ape yang aku nak buat. Moto aku senang je...buat benda yang boleh bahagiakan kita,..bahagiakan aku dan yang tersayang..hehehe..kata cinta itu..gives and takes. Aku bagi apa yang patutla, benda yang tak patut takyahla bagi..renung-renungkan selamat beramal..hehehehe..sila jangan salah paham kay.
          Yeay..yeay...melonjak kegembiraan. Takde la, aku nak bukak pose sorang-sorang besok. Tapi, kalau kita je excited, kalau kita je bertepuk sebelah tangan...tak akan jadi. Excited aku beransur-ansur hilang sikit demi sikit, ditelan waktu. Dari tadi aku tunggu nak kata putus nak kuar jumpa katne...last-last zero jugak. Dari hati aku ni terlebih-lebih excited, tunggu..dan tunggu lagi..dan terus tunggu laaggiiiiiii. Dari mata aku sebesar alam, sampaila kuyu dengan sendirinya..last-last aku lentok sorang-sorang. Pun zero jugak..ermm..ngat dah tido, rupa-rupanya main games.
         Tapi aku sebenarnya ada plan, cantik punya..ermmm..takpela, taknak bebankan orang la plak. Bila aku nampak `kepayahan' disitui..juga...Tiada ke `excited'tan disitu...aku batalkan terus niat aku. Terus tak bagitahu plan cantik aku tu...cantik ke??..ngeeee.... Memang aku tau besok hari jumaat.  Sebab tu aku duk ulang-ulang tadi..~ooo besok jumaat, napela aku boleh lupa~..aku perli diri sendiri..macamla aku lupa ye.Sebab tu la aku gatal mintak cuti. Semua aku dah fikir la. Tapi satu je yang aku lupa nak fikir, beban yang bakal orang galas. Apalah, aku ni kan...ishhh...ikut sedap aku je merancang..hehehehe...sori ye. Nak paksa-paksa orang plak ikot rancangan aku..
          So, besok pergila aku keje ngan jayanya. Cuti batal la, minggu depan dah start oncall..takde masa dah nak balik. Okayla, cite pasal oncall ni..buat aku cam happy pun ada, tak berapa happy pun ada. Oncall mase cuti am, cam cuti raya, memang la double, takpon triple kot bayaran dia..huhuhu..best2!!..duit beli kete. Hehehehe...Ye dengan jayanya aku nak bagitahu, aku kerja a.k.a oncall raya pertama, raya kedua sampailah pagi raya ketiga. Sila tepuk tangan beramai-ramai. Budak baru keje memang camni. Terlebih excited,...hahaha..biarlah blog aku kot. Fikir duit...memang masyuk, tapi bila fikir...time ni la masa tuk  berkumpul ngan family. Aku cam agak sedih la..sedih weeeiiii!!!..Raya sorang-sorang kat tempat orang. WaaaaaaaaaaT_T..
           Okaylah...mata aku ni cam taknak lelap la plak dah. Nak mengubati hati yang agak kecewa..kecewa la..memang kecewa. Excited aku..hilang terus camtu je..sebab tak nampak kesungguhan disitu. Betul la orang kata, berat sama ni pikul, ringan sama dijinjing. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.. Hehehehehe, apalah aku merepek ni, dah kul 4.30..jomla kita bersahur...SELAMAT BERPUASA semua. Sila pujuk hati saya, dan bagi alasan kenapa saya tak perlu batalkan cuti saya...somebody please... :( ...sebab masih tersisa excited aku dihati..

No comments:

Post a Comment