Thursday, October 27, 2011

memaafkan..

semoga huluran maaf yang aku sambutkan ini..
akan mengubah dia menjadi insan yang lebih sempurna..
walau bukan sesempurna khalifah-khalifah-Mu..
biarlah dia sempurna sebagai suami soleh yang bakal membimbingku..
menjadi suami yang setia dengan cintanya..

andai ini jalan yang terbaik Kau tentukan untukku..
kau berilah aku petunjuk..petunjuk yang aku harap dalam doaku..
yang selalu kutitipkan namanya disetiap penghujung doaku...
agar dia sentiasa setia dan jujur padaku..
agar dia menjadi milikku..sebagai teman hidup dan matiku...

jagalah hatinya..perlakuannya..akhlaknya..keimanannya..
semoga dia terus sujud menghadap-Mu..dan mengakui kebesaran-Mu..
tanamkan kejujuran dan kesetiaan dihatinya..
agar tiada lagi kesangsian yang menghambat hatiku..
agar tiada lagi hati menyoal..benarkah dia jodoh terbaik buatku..

moga ikatan ini akan kukuh...dan tiada lagi badai melanda..
kerna aku tahu dia insan yang baik..cuma kadang tersadung dengan khilaf sendiri..
aku harapkan sebuah hubungan yang lebih halal disisi-Mu..
maka kau permudahkan urusannya...dan urusanku...
agar niat murni kami tercapai..

hanya pada Mu aku sujud..
hanya pada Mu akan berserah..


BUAT INSAN KESAYANGAN KU..


kaulah teman baik..kaulah kekasih hati yang sentiasa memdampingi ku..
tidak pernah sesekali kau meninggalkan aku..
walaupun dalam susah..walaupun senang..
walaupun dalam esak tangis...dan ketawa riang..kau sentiasa ada..
tidak pernah sekali kau meninggikan suaramu..memarahiku..
kesabaranmu dalam melayan kerenah dan sikap aku..aku sanjung..
mungkin kerna itu hatiku lembut..memaafkanmu..
mungkin memang ada silapku..ada kekasaran dalam perlakuan aku..
mungkin aku pernah mengabaikanmu sesaat..
hingga kau bertindak begitu..mungkin kita sama-sama silap..
kerna aku tahu..kau bukan insan sempurna..begitu juga aku..
biarpun perit mengenangkan semua khilafmu..
namun lagi perit..melepaskan mu..




*serius..sebenarnya aku masih keliru..kamu tolonglah aku*

No comments:

Post a Comment