Wednesday, January 4, 2012

end of 2011

            Salam..sudah teramat lama tak menjenguk blog kesayangan ni.  Busy ngan keje..maybe..busy merawat hati yang luka..maybe..dan paling penting..busy menghadapi hari-hari yang bahagia dalam hidup. Insyaallah..moga kebahagaian ini berpanjangan hendaknya.


           Banyak sangat benda yang berlaku dalam tempoh setahun ni. Kadang tak tertanggung diri sendiri. Nak share kat sini cam tak sangup..takut ada hati yang bakal terluka. Nak salahkan siapa pon aku tak tahu..salah diri sendiri..mungkin. Yela sape suh tak dengar kata. Aku dengar kata hati aku je..so sape makan peria, dia yang rasa kelatnya.


          Dalam tempoh tu jugak, aku kehilangan seorang sahabat baik. Ye, dia memang baik..hampir semua benda aku share dengan dia..padahal hakikat yang nyata. Dia perlukan orang lain yang lebih memahami dia untuk jadi kawan baik. Bukan aku. Sedih bukan?..jadi..aku berhenti berkongsi masalah yang tiada kaitan dengan hidup dia..berhenti menyusahkan hidup dia. Sebab dia dah berhenti menganggap aku sebagai kawan baik dia sejak dia pergi kepada 'mi syg dia'.


        Sori..sebab tak leh jadi cam dia. Yang nampak cam alim..padahal duk atar mesej nak peluk cium, muah2 sebelum tido. Takleh ambik berat mase kamu sedih..padahal hakikatnya..mase kamu sedih hati aku yang lebih parah. Takleh jadi sebaik dia, yang pernah muncul dalam hidup kamu selama bertahun-tahun. Sori ye..sebab aku cukup terkilan..doa bekas kekasih hatimu dulu, dah terpalit ke muka aku. Padan muke aku.


        Tu cite 2011..versi sedihla... Sedih sampaikan satu tahap dah takde air mata nak keluar. Mungkin hati aku dah jadi cukup-cukup tepu kot. Bukan sekali, bukan dua kali, bukan jugak tiga kali..dah berkali-kali. Nak kira pakai jari kaki sekali pun tak cukup...wawawawawawa.. Tu bukan nanges, tu gelak bahagia tahap dewa.. ;P


         Jadi kat sini aku nak ucapkan jutaan terima kasih..kepada semua perempuan yang pernah hadir dalam hidup dia. Sebab dengan kehadiran kamu semua,..buat aku jadi lebih kuat. Buat aku tak reti nak nangis, buat aku jadi tak reti nak marah. Terima kasih kepada kamu-kamu semua. Dan kepada insan teristimewa dalam hidup dia selama ni, terima kasih sebab merampas seorang sahabat baik dari hidup aku. Sebab kamu jugak buat aku yakin sekarang..aku bukanlah insan paling istimewa dalam hidup dia. Tapi kamu..Terima kasih..




bukan kapal yang karam..tapi hati aku yang ngah karam

No comments:

Post a Comment