Wednesday, January 25, 2012

soulmate...

salam..bajet cun je kan blog aku ni..siap ada daun-daun yg berguguran..hehehe..tapi lama-lama aku tengok cam serabut la plak..adeh!. kay la..rini nak cite pasal soulmate..tangkap cintan lagi..layan la ye..
mood aku sedang dibuai ngan perasaan yang sangat berbunga sekarang..
(walaupun cepat badmood..maafkan saya ye kamu..maaf sangat-sangat...xleh nak control temper sekarang..emmm)


          Ada orang kata, kalau dah jodoh kita ngan orang tu kompem kita akan serasi dari segi emosi, spiritual dan fizikal..betul ey???. Cam kalau kuar tak rancang pun tuk pakai baju warna sama..tapi bila jumpa..eh!, napa baju you sama ngan baju i?..hehehehehe. Tu kira cam serasi dari segi spiritual gak la. Paling tepat lagi bila sehari..(cam lama lak)..okay contohnya.. sejam, dua jam korang tak reti nak suh otak korang berhenti berfikir pasal dia...dan dia pun cam tu gak. Pastu bila korang baru je send mesej nak tanya dia buat apa..tetiba dah sampai mesej dia..you ngah buat apetu?..adeh!..sweet kan?.Tanda-tanda lain lak..koramg baca je kat bawah ni :




Tanda 1 
Dia tak pernah nak suh korang cite pasal kisah-kisah cinta kamu dulu. Katanya, itu hal kamu yang dulu..sekarang kamu dengannya. Dia tak pernah kisah macamana kamu kapel..dengan sapa..kenapa leh putus..semua lah. Yang dia tahu macamana nak bahagiakan kamu..setiap hari..setiap masa. (Adeh!..aku terasa..emmmmm) Satu lagi dia tak segan silu cerita pasal kisah dia..tak sorok semua bendalah. Niatnya nak kamu terima dirinya seadaanya..sebab dia pun bukan manusia sempurna...(camtu ey?..)
Tanda 2
Dia orang pertama yang kamu cari bila kamu ada masalah..begitu juga dengan dia. Tak kiralah kamu ada kawan rapat camne pun, pasti dia tetap jugak jadi pilihan kamu tuk share semua problem kamu tu. Walaupun kamu tau dia cuma sekadar mendengar dan  takleh bagi fedback cam kamu nak..tapi kamu tetap selesa tuk beritahu dia dulu. Pastu kamu leh share semua benda..buruk baik kamu..sikit pun kamu tak reti sorok dari dia...samalah cam dia jugak. Cam kawan baik lah...BFF la katakan..

Tanda 3
Pastu deria kamu ngan dia cam lebih kurang sama. Memang la kamu leh menghidu dia leh menghidu..bukan camtu. Tapi contohnya camni, dia leh tau je bila kamu ada masalah,tapi kamu buat-buat takde masalah..bila kamu sakit tapi kamu buat-buat sihat..bila kamu marah tapi kamu buat-buat ngah bahagia. Bila kamu ngah rindukan dia..dia tetiba je muncul depan rumah..memahami tol kan??. Dan kamu pun ada rasa camtu jugak kat dia.. Bestla kamu dapat teman hidup camni..takyah susah nak explain perasaan kamu dan dia takyah susah -susah nak gitau kamu.

Tanda 4
Pastu kamu saling menyokong satu sama lain. Dia tak pernah tinggalkan kamu bila kamu dalam kesusahan..begitu jugak sebaliknya. Saling berkerjasama, bertolak ansur tuk hidup lebih bahagia. Tak kiralah dalam keadaan ngah bahagia ke berduka..dia tak kan biarkan kamu sorang diri. Walaupun waktu tu dia ngah busy sangat dengan kerja..dia pasti ada pastikan ada masa tuk kamu bila kamu memerlukan. 




Tanda 5
Dia tak jadi seorang manusia yang hipokrit depan kamu. Tak pernah sorokan perangai dia yang sebenar depan kamu..tak malu-malu menunjukan kelemahan dia. Sikap dia bersahaja je..sempoi..gerak geri, cara cakap, gaya rambut semualah. Takyah susah-susah nak kontrol ayu ke enshem..(bajet kamu suka la ey). Kadang dia tunjukan wajahnya yang paling teruk depan kamu...waktu dia sakit ke..ada masalah besar ke..baru lepas kena demam yang teruk ke..tanpa make up ke.. Dengan rambut yang serabai..muka 3posen..dan kamu boleh menerima diri dia seadaanya. Tu lah jodoh kamu..




Tanda 6
Saat bersamanya adalah waktu paling bahagia dalam hidup kamu. Tak pernah terdetik rasa bosan dan tertekan bila menghabiskan masa dengan dia...walaupun cuma aktiviti santai biasa yang dilakukan. Perasaaan kamu akan jadi lebih tenang, selesa setiap kali melihat wajah dan senyuman dia. Kamu boleh lupakan masalah kerja..lupakan hal-hal yang membebankan dalam hidup kamu seharian, beban kerja yang kamu galas setiap hari selagi dia disamping kamu. Bestkan?..hari-hari mahu kuar dating..


          Saje nak share..tuk suka-suka je..Dan buat kamu-kamu semua..aku doakan yang terbaik moga kamu dan buah hati kesayangan kamu tu kekal hingga kejinjang pelamin..kekal ke anak cucu..kekal hingga akhir hayat. Doakan aku sekali ye. Kalau sekarang tak serasi, carilah keserasian lepas kahwin..sebab manusia boleh berubah ikut keadaan dan situasi. Insyaallah, moga kita dijodohkan dengan insan paling terbaik Allah s.w.t tetapkan. 



No comments:

Post a Comment