Friday, April 27, 2012

hujung minggu yang busy

         Salam semua..ceh!, cam ramai je yang singgah jenguk blog ni. Takpe..skit pun takpe..saja jenguk-jenguk pun tak pe..kalau nak singgah lagi bagus. Adeh! ayat orang frust. T_T . Hehehehe.. 
       Hujung minggu ni plan punya la cantik nak pergi Malaysia Wedding Festival ngan mr buddy. Tapi..ada tapinya..sebab sebaik mana kita merancang, Allah s.w.t jugak yang tentukan segalanya. Hujung minggu ni aku tersangat la busy.
       Semalam ngan hari ni ada Kursus Budaya Korporat , dan semalam jugak dari pukul 9mlm sampailah 8pagi tadi kena oncall. Balik rumah, mandi-mandi, bersiap pergi kursus plak. Dan besoknya ada kempen derma darah kat Jengka 2..tak tau katne. Maklumlah duk Jengka baru 10 bulan. 
       Kak Agi kata dekat je ngan Hospital Jengka ni. So, kepada warga Jengka 2, siapkan diri tuk dicucuk oleh saya ye besok... hahahaha..(gelak jahat). Sepatutnya En. Zainal yang pergi..tapi disebabkan dia ada kursus kat Kota Bharu..so aku kena ganti sebagai wakil dari unit Makmal (Blood Bank) ngan En Khairudin.
       Kang tak pergi maka tak ada guna lah jugak staff nurse ngan doktor pergi. Yela sapa nak uruskan beg darah-darah,labelling dan yang paling penting nak check jenis kumpulan darah dan juga paras HB, kalau bukan kami yang dari makmal ni (riak ye kamu!). Taklah, saya sedang berbangga dengan kerja saya. >___<.
        Aktiviti start kul 8 pagi habis kul 5 petang, maka berkampunglah kat sana ngan jayanya. Nanti aku update story tuk aktiviti tu, kalau berkesempatan dan tidak letih.
         Lusanya pulak aku kena oncall dari 8pagi ahad hingga 8pagi isnin seorang..cam biasa. Fuhh..kuatkan semangat..bak kata orang duit tak datang melayang. Kalau fikir pasal duit memang nak..nak je..hari-hari kerja..pastu malam oncall pun aku nak. Tapi kalau fikir pasal badan yang penat dan mata yang mengantuk sungguh..aku rasa tak sangup. 
       Duit kenaikan gaji yang tertunggak since bulan Januari dah dapat, berserta gaji baru. Alhamdulillah..rezeki melimpah ruah sekarang. Dan coming soon nak buat bisnes skit. Insyaalllah...doakan yang terbaik.
       Tapi sebenarnya aku rindu nak balik KL..waaa..seyes tak tipu. Rindu ngan mr buddy yang dah 33 hari tak jumpa..rindu ngan Long..dan juga rindu mau jumpa ini budak kecik!..Mohd Darwish Hakim. Muah..muah..muah..

seksi tak saya..opss!!..
          Last kami keluar.. ngan kak long dan iqbal ( adek )..2minggu lepas. Hari tu kami keluar pergi jalan-jalan kat Times Square, Sogo dan last skali pergi Jalan TAR. Dahlah masa tu hujan lebat..tapi sangup jugak redah. Iqbal nak taknak kena jugaklah ikut  bontot akak dia yang 2 orang ni. Dapat apa yang kami nak terus balik. Balik la sangat, sebenarnya singgah pulak rumah Abang Di ngan Kak Tie jumpa budak kecik yang comel ini. 
        Awish nama manjanya..baru je pandai berjalan. Terkedek-kedek cam anak ketam. Comel sangat, rasa cam nak je sumbat dalam beg baju..bawak balik Jengka. Hilang sikit tekanan kerja kalau dapat tengok Awish hari-hari. Kalau nak sumbat mr buddy bawak balik Jengka jadi benda lain plak. Adehh!

dua orang budak dewasa ngah berebut makan  oreo mc flurry

ini picture saya yang berjaya disabotaj oleh dua orang dewasa tadi..

bila saya jalan-jalan kat Times Square ni dan jumpa kedai ni..
mesti saya teringat memori first dating ngan mr buddy..pastu saya senyum sorang-sorang..
kamu ingat tak kedai ni??

           Okaylah...mahu merawat rasa rindu kejap. Moga besok semua urusan aku diberkati-Nya dan dipermudahkan-Nya. Salam semua.

No comments:

Post a Comment