Saturday, April 28, 2012

kempen derma darah Jengka 12.

         Seperti yang dicanang semalam, hari ni berjayalah kami adakan kempen derma darah kat Jengka 12. Lebih 30 beg darah berjaya diperolehi. Syabas warga Jengka 12 yang sudi datang menderma. Sebenarnya target tak ramai pun sebab semua aktiviti diadakan dalam dewan kecik. Ada pertandingan gubahan tuala, pertandingan gubahan sayur-sayuran, masak tempoyak ikan patin dan juga dessert. 
       Aku sempat la snap-snap beberapa gubahan sebelum meja Tabung Darah dikerumuni oleh para penderma yang budiman dan dermawan. Doktor yang ikut adalah doktor Khin, 2 orang staffnurse, dan 3 orang MLT (medical laboratory technologiest) unit Tabung Darah Hospital Jengka (termasuk aku) dan seorang pembantu perawatan kesihatan (PPK). Nak maklumat lanjut pasal derma darah ni leh rujuk entry aku yang lepas . Tapi aku rasa mesti ramai jugak yang macam warga Jengka ni ingat kami MLT ni staffnurse. Adeh!..sebenarnya bukan ye..staffnurse tak check jenis kumpulan darah macam kami , mereka ni pun kena datang lab kalau nak tau jenis darah.  
           Kami juruteknologi makmal perubatan (atau dalam Bi MLT...hehehehe). Masa belajar dulu kami didedahkan untuk tahu 7 unit makmal dalam makmal patologi..iaitu tabung darah, sitologi (pap smear, sel-sel kanser),hematologi (lebih kepada penyakit darah..cam leukimia, talasemia, anemia dan lain-lain), histologi (berkaitan dengan tisu), mikrobiologi (mikroorganisma yang menyebabkan penyakit),parasitologi (parasit yang menyebabkan penyakit) dan main kompenan unit patologi adalah ujian-ujian biokimia..patologi kimia. Dan ruang lingkup kerja kami sangat luas..semua pasal penyakit..sebab tu aku cukup-cukup berbangga dengan kerja aku walaupun orang tak nampak apa yang kami buat. Tapi bila keluar keputusan dari makmal barulah rawatan lanjut akan dibuat. Bahagian kesihatan ni luas tapi orang cuma nampak staffnurse dengan doktor je..betul tak?. 
          Cam marah je aku ni..hehehe..jangan salah paham..cuma ilmu yang ingin aku kongsikan tentang kerja MLT yang orang tak tahu. Kita patut berbangga dengan kerja kita kan. Macam puzzle, kalau tak cukup satu..tak lengkaplah. Kena ada semua baru saling melengkapi..saling berkerjasama..barulah TERBAIK!. Kerja apa-apa pun semua penting..semua main peranan..antara orang nampak ngan tak nampak je. Tapi paling penting ikhlaskan diri, moga Allah s.w.t sentiasa memberkati. Okaylah nak share gambar-gambar yang sempat aku snap, sebelum melabuhkan mata yang makin mengantuk ni. Salam semua. (gambar i buat kerja takde sebab semua ngah busy..waaa..T_T)


nilah meja kerja aku..

en din siapkan katil penderma






cantik kan?

wahai jin keluarlah kau


ni sebenarnya cendewan

topi dan juga tas tangan

Dr Khin dan akak staffnurse

ni dah start busy.

yang tudung hitam, baju biru tu kak nora

antara penderma


idzuan tengah buat segmen bagi beg darah

inilah antara hasilnya

ini hasil kerja aku

selepas kekenyangan..

     
     

No comments:

Post a Comment