Friday, July 27, 2012

abah

           Ujian dan dugaan datang supaya kita sentiasa ingat kita masih ada Dia. Tengahari semalam, abah kol dengan suara lemah dan sesak nafas..memang berdebar jantung aku. Teringat suara arwah tok masa dia sakit teruk dulu. Abah kol bagitahu dia dekat unit kecemasan..muntah dan cirit birit teruk. Pastu tekanan darah pulak dah naik 200. Ya Allah..terkejut aku. Bertakung airmata, tapi cuba bertahan lagi. Abah tak larat sangat-sangat, lelah dan kata doktor jantungnya tak stabil. Doktor cuma masukan air dan bagi ubat sebab abah dah hilang banyak air. Tak sempat berbual lama, doktor nak buat pemeriksaan bagitahu ma. Letak je kol, aku terus kol mr buddy. Pastu kol Long, abang Di dan abang Dir. Yang len tak berangkat. Aku suruh Long je kol adik-adik yang dia yang lain bagitahu keadaan abah.
          Aku ingatkan abah dimasukan ke wad. Aku kol plak pukul 3petang, abah dah sampai kat rumah. Katil kat hospital penuh katanya. Besok doktor suruh datang lagi, buat pemeriksaan lanjut. Ma kata abah dah puasa 5 hari, cuma semalam saja yang dia tak larat sangat. Bila ma suruh bukak puasa, dia tak nak..larat lagi katanya. Umur dia tak panjang. Kalau tak puasa tahun ni, entah sempat tak jumpa ramadhan tahun depan kata dia. Berderai airmata aku. Abah selalu cakap macam tu. Dulu masa aku bertunang, macam tu juga, takut tak sempat tengok aku kawen. Sedih..abah asyik merepek je.
        Doakan moga abah dan kamu cepat sembuh dan bertambah sihat. Maaf saya tak boleh berkongsi rasa gembira kamu seperti yang sepatutnya sebab jiwa saya sangat kosong. Otak dah ligat fikir macam-macam. Saya ada abah sorang tu je.Wasalam.

No comments:

Post a Comment