Saturday, July 21, 2012

selamat berpuasa semua

     Salam 1Ramadhan semua..dah masuk tahun kedua aku berpuasa dibumi Pahang ni. Jauh dari keluarga kesayangan. Balik kerja semalam , baru je melabuhkan badan kat sofa dah berdering telefon. Panggilan dari abah yang dikasihi....cam biasa la bertanya khabar (eh, terbalik lak abah yang tanya khabar..maaf ye abah). Besok puasa katanya..sahur ngan apalah anak dara dia ni. Siap nak poskan lauk ayam kampung gulai lagi. Entah tahun bila la baru sampai. Telan air liur jela. Dia dah bantai gelak kat hujung talian. Alhamdulillah, lega dengar tawa abah..makin sihat..aritu kol syik terbatuk-batuk je. 
     Sempatlah kami mengumpat serba sikit sebelum besoknya Ramadhan mebentangkan tirainya...hehehe. Takdelah, bukan mengumpat borak-borak cerita hal keluarga. Abah kalau cakap memang tak boleh berhenti, pastu siap cakap besar lak dia dah leh buat kerja sekarang. Yela, ma takde kat sebelah bolehlah cakap besar, kalau ma ada mahunya ma cerita hal sebenar. Sihat la sangat abah tu..tu la ayat yang ma selalu bagi. Abah kata sihat, belum tentu dia sihat..saja taknak bagi anak-anak risau. 
    Dan aku dah mula rindu masakan ma kat kampung, kalau balik pun mesti dah dekat-dekat nak raya. Tak merasalah nak berbuka puasa ngan masakan yang sangat-sangat sedap tu. Sedihnya..kat sini makan apa je. Hari ni plak kena onkol, entah berbuka ngan nasi ke ngan sampel. Rezeki bulan puasa, sampel tak berhenti dari tadi. Banyak kot orang sakit masa-masa puasa ni. Doakan mereka cepat-cepat sihat. Aku pun dah rasa sakit-sakit belakang, lenguh-lenguh kaki duk ngadap sampel. Dugaan dibulan puasa. Pagi tadi ingatnya nak bersahur, last-last lena di ulit mimpi. bangun-bangun orang dah azan subuh. Telan airliur jela, nasib baik semalam dah niat puasa awal-awal.
     Okaylah..selamat berpuasa semua..semoga ibadah kita semua diterima oleh-Nya. Banyak-banyakkan beramal semua. Wasalam.

No comments:

Post a Comment