Sunday, September 23, 2012

Kempen derma darah @ POLISAS

     Salam semua..alhamdulillah..setelah melayan rasa mengantuk pagi tadi. Sekarang dah buka mata seluas-luasnya. Sehari suntuk semalam aku oncall dan last pukul 8pagi tadi. Kul 3 pagi dah kena kejut ngan unit kecemasan ada kes UGIB (upper gastro intestinal bleeding) perlukan blood transfusion. Dahlah 2 kali aku kena reject borang GXM (crossmatch darah), pertama sebab salah nama dan kedua lak sebab salah bagi IC. Aduiihai...yang nak cepat terus jadi lambat. Dan aku terus tak tidur sampai pagi duk buat crossmatch darah yang sesuai tuk patient disebabkan kelalaian pihak tertentu. Dan lepas tu ada 2,3 kes plak nak kena setel...tengok2 jam dah kul 7 lebih. Balik mandi dan terus membutha..bangun tengahari makan meggi..hehehehe..pastu sambung membutha balik. Phone?..kosong..takpe..aku dah biasa.
     Stop pasal tu, sebelum aku melalut dan buat korang bosan aku nak share cite aku pasal kerja aku plak.  11 september ritu aku mengikuti kempen derma darah (mobile) kat Politeknik Sultan Ahmad Shah a.k.a Polisas kat Kuantan Pahang. Tujuannya untuk mengumpulkan darah sebanyak yang mungkin dalam tempoh satu hari. Ia anjuran politeknik seluruh malaysia. Alhamdulillah kempen ni berjaya dengan jayanya..POLISAS SAHAJA BERJAYA MENGUMPUL SEBANYAK 1368 BEG DARAH..tidak termasuk politeknik seluruh malaysia yang lain..banyakkan?. Budiman sungguh student2 POLISAS ni. Yang tak dapat nak derma pun duk merayu ngan aku suh bagi diorang peluang..adeh...
      Blood bank hospital Jengka wakilkan aku, en rahim dan kak anna dan 3 orang staff nurse. Kami bertolak pukul 7pagi dan sampai sana pukul 9pagi. Student sana dah berkumpul kat  dewan utama. FUhh! excited aku tengok ramai cam gitu sekali yang berminat nak derma darah.Masuk-masuk setelkan mana yang patut dan tepat kul 10 pagi aktiviti bermula. Mereka kena isi borang dulu dan beratur lak untuk check paras hemoglobin dan jenis darah sebelum jumpa doktor. Dan itu adalah kerja aku. Aku dongak je kepala...mak kau ramai gila..nasib baiklah banyak kaunter yang dibuka yang melibatkan hospital lain..cam HTAA (hospital tunku ampuan afzan), hospital jerantut, HoSHAS (hospital sultan haji ahmad shah) dan hospital Pekan.
    Bayangkanlah aku berhenti 30 minit sahaja dan sambung balik sampai pukul 5.30 petang. Pelajar, guru-guru dan kakitangan politeknik tak putus-putus. Pinggang hanya Allah s.w.t je yang tahu betapa sakitnya..tapi sangat berpuashati dengan hasil haritu. Maklumlah sekarang ni, tabung darah sendiri dah kekurangan darah. Hanya aktiviti yang camni sahaja yang boleh kumpul darah banyak camni. Kami tutup kaunter pukul 5.30 barulah aku boleh bangun dan betulkan pinggang yang dah longgar. Hehehehehe..dan bantu mana yang patut, pukul 7.30 malam baru kami bertolak balik Jengka.Terima kasih semua sebab sudi berkhidmat untuk masyarakat hanya Allah s.w.t yang mampu membalas.
wasalam.



gambar yang kak anna snap mase ngah cucuk jari penderma..muka senyum dalam penat..ikhlas tuuuu

akak nurse hospital jengka

dan seorang lagi akak nurse hospital jengka

ini saya ngan kak anna..senyum dalam kepenatan..


adek-adek dengan sijil mereka

dan ini saya dan kak anna


en rahim..


penuh dewan..

No comments:

Post a Comment