Friday, December 7, 2012

Seseorang pernah suruh aku belajar untuk menyusahkan orang lain, jangan bergantung pada diri sendiri sahaja kalau nak buat something..tapi, bila aku mula bergantung dan berharap orang tuk tolong ringankan beban aku..rupanya ia lagi susah dari buat sendiri. Aku sakit hati bila pertolongan yang aku harapkan tak dapat seperti yang aku nak..jadi..sebaiknya aku jadi seperti diri aku yang dulu..buat semua sendiri..aku tak sakit dan aku tak akan menyakitkan orang..dan membebankan orang. Semoga semua urusan dipermudahkan..amin. Insyaallah aku akan menjadi sebaik kak dah kamu.

No comments:

Post a Comment