Thursday, March 28, 2013

hutan lipur sungai sendat

        Assalamualaikum semua..arini dengan lapang hati nak story skit pasal pergi berkelah kat air terjun Sungai Sendat. Hutan Lipur Sg sendat ni terletak dalam daerah Hulu Selangor.Kat sini tak payah nak menapak jauh sangat cam pergi air terjun Sg Chilling aritu, masuk je terus kereta pastu park betul-betul kat kawasan lapang yang dah disediakan. Menapak skit dah sampai kat air terjun. Cuma kena bayar seringgit tuk satu kepala masa masuk.

        Memang senang kalau nak lepak-lepak sambil membakar segala makanan yang korang bawak. Air terjun dia comel je, dan ada kolam kecik kat bahagian bawah. Pastu ada alur-alur yang kecik dan airnya slow tuk kanak-kanak bermain. Bagi aku ni tempat yang menarik tuk bawak satu keluarga bersantai, tanpa perlu penat-penat nak panjat tangga atau nak redah anak sungai. Nak bawak baby pon boleh..cam kak dah buat..hehehe..

       Kemudahan cam toilet, wakaf, tempat parking dan dewan kecik juga disediakan. Kalau nak beli pelampung tuk anak-anak pon ada. Sempurna. Kawasan pun bersih, terjaga. Malas dah nak merepek bebanyak, jom layan gambar yang sempat di snap oleh lanser kamera kami.



ni lah air terjunnya..

cantik kan..kami..ngeee


mia..mia..mia..mia

pembakaran secara berhemah oleh kak dah dan abg norm

my hubby and me..;P


kerangan, udangan dan ayaman..dap..!



sejok oooo ce'na

my adik ipar..mira

peserta yang tunggu giliran tuk kecebur dlm air..



family orang len..halal ey gambar..

photo keluarga bahagia...mia tgok p'yen..



kipas bang..kipas..

mamat ni pasan tol aku nak ambik gambnar dia..sampai sudah tak terjun..

fokus yang kat dalam air kay..



bebudak elok main kat sini je..air tak laju.. hehehe

No comments:

Post a Comment