Wednesday, September 11, 2013

smartphone yang smart..

oh my darling i love u..muah..muah..
   Assalamualaikum..

   Malam ni ada luang waktu kosong yang amat panjang, nak tidur mata degil lagi. Nak pot pet pot pet takde orang nak dengar, nak mengadap muka buku takde benda best, nak berbisnes takde mood lagi. Last-last kat sini jari-jari aku duk galak menaip...dan kepada suami saya, tolong berhati-hati dijalan raya dah malam ni...kalau mengantuk..rehat dulu. Ingatlah orang tersayang..opss iklan jap.

   smartphone?..korang ade berapa jenis smartphone   sekarang?..kompem ada, malah wajib ade. Dah jadi satu kepentingan sekarang..kalau takde cam mati kutu. Smartphone..dengan pelbagai aplikasi...semua dihujung jari.Sebab tu la, asal bangun tidur yang mula-mula capai smartphone  , sebelum tidur tu jugak yang duk hadap.

   Kalau masa kapel, mungkin satu kepentingan. Kalau dah kahwin macamana pulak?..isteri dah ada kat sebelah, smartphone kat tangan jugak yang diutamakan, kejap-kejap tersengih sorang-sorang. Kejap-kejap gelak sorang-sorang, rasanya hadap smartphone   lebih dari masa hadap isteri. I bayar bil tuk online tiap-tiap bulan, mesti guna semua kemudahan yang ada..kalau tak rugi.

  Kadang isteri terasa tapi suami tak perasan, tambahan pulak yang jenis PJJ (perkahwinan jarak jauh). Jumpa seminggu sekali, asal balik smartphone  yang suami duk pegang, tak lekang kat tangan. Cakap dengan isteri pun mata tekun duk taip wechat, whatsapp, facebook..dan bla-bla..bla..bla dan bla..bla lagi.Korang list la sendiri.

   Last-last isteri tarik muka, layanlah smartphone tu bang sampai berkulat pon takpe. Jawab suami senang je..la, bukan duk layan segala wechat, whatsapp dengan perempuan lain..dengan kawan-kawan je. Lorhhhh..yeke???...habis yang pergi kerja 9jam sehari, 5kali seminggu tu tak cukup lagi ke nak cakap dengan member ofis??. Pastu masa sayang takde tak cukup lagi ke nak ngadap benda tu??. Isteri ni jumpa seminggu sekali, kadang 2minggu sekali.

   Tapi orang kata, malah ni pengakuan lelaki sendiri..mereka ni ada sindrom slowthingkingable (aku sendiri pon tak tahu ade istilah ni). Disebabkan sindrom itu jugaklah, walaupun isteri duk perli-perli masih jugak duk hadap smartphone.sambil bersegala wechat, whatsapp..sampailah dah kiok habis bateri. Ish..ish..kuat betul penangan teknologi yang canggih manggih sekarang.

 Jadi saudari-saudari yang disayangi..redha jelah..kalau kita tak boleh ubah orang, ubah lah diri sendiri untuk terima keadaan dia yang sebegitu. Kegilaan pada smartphone ni, tiada tandingannya..bukan boleh bagi makan ubat, bukan boleh suntik drug. Sabar jela..asal dia tak gilakan benda lain..harap dia tak gilakan benda lain yang bernyawa..sesak dada. Agak-agak kalau isteri buat benda sama, suami rasa apa ye??.Wassalam. 

No comments:

Post a Comment