Friday, May 16, 2014

NUR AMMARA MARSHA MOHD SHAKIRIN

   Dilahirkan pada 12/12/13 tepat jam 12.46 am dgn berat 2.3 kg...syukur alhamdulillah anak dara selamat walaupun mama terpaksa melalui pembedahan. Tapi sekejap je dpt tgk.Lepas tu trus dia bwk g NICU. Nak tahu kenapa?..gini citenya...
        Seminggu sebelum tu aku dah g klinik ibu sbb aku rasa baby cam x aktif sgt. Klau selalu asal mlm je dia akan aktif sgt2. Menendang atau bergolek bagai tapi pastu mcm kurang skit. Pastu carta waktu kat buku merah tu pon dah berubah pola. Bila cik nurse cek dia kata baby cam ade problem skit. Denyut jantung dia xstabil, dorg bt surat refer kat spital.Bila dah g sana cek smua, spital ckp okay plak. Tapi aku rasa cam xbest sgt, dia asyik mengeras je dan bdn rasa cam sakit sgt. Suami plak jauh.
         Seminggu selepas tu aku cirit birit. Aku g klinik ibu lg, cek. Sbb baby cam lgsg xnak gerak..dri pg aku kerja sampai pukul 2 ptg cuma 2,3 kali je dia gerak. Dan sekali lg aku di refer ke spital. Kali ni cam cuak skit bila dktr kata bacaan denyut jantung baby drop dgn tiba-tiba. Masa tu rasa cam nak menangis,  yela aku dah pregnant 34 minggu kot sedih la klau jd apa-apa.
        Dktor bt surat refer ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah kat Temerloh yg lagi besar dan canggih. Sbb aku keje kat spital daerah je tak de bilik bedah. Dia explain sikit2, klau terpaksa dktor sana akan bedah utk selamatkan baby. Ya Allah..kau permudahkan segalanya. Dgn baju kerja sehelai sepinggan aku dibawa HoSHAS. Berdesup pak cik driver tu bawak ambulans. Sempat call incik husband suh dtg, cite serba sikit. Entah apa aku cite pon aku xtau, rasa cam org xbetol pon ade. Dah la duk sorg2 kat sini,  jauh dr family. Jauh dr suami. Tp syukur ada kawan2 yg sentiasa disisi. Tq housemate, mariah.
        Sampai je kat HoSHAH aku disorong ke bhagian emergency tuk ibu- ibu nak beranak. Duk la situ kejap terkebil2 sorg2. Tunggu dktar dtg cek. Kejap2 g blik air. Pastu dia dtg pakaikan alat yg tuk cek denyut jntung tu. Mula2 smua ok. Tarik nafas lega. Pastu lepas 45 minit dorang repeat. Trus bacaan jantung baby drop 2 kali. Dktor minta kbenaran tuk cek bukaan. Baru 3cm kot. Pastu ambk high vagina swab kot-kot ade jangkitan. Pastu dia bagitahu dia nak pecahkan air ketuban. Aku cam terkejut sgt, 34 minggu kot..baby baru 8bln. Dia kata trpaksa sbb nak selamatkan nyawa dia, klau biar kat dlm tu lagi bahaya.Rasa nak kuar airmata. Tak tahu nak gambarkan perasaan masa tu. Bila dah pecahkan air ketuban aku dimasukan labour room.Dktar jap masuk kjap kluar. Dalam hati resah je. Mana incik suami ni dari td tak muncul2. Klau ikot jam kat dinding patutnya dah smpai dah. Kl temerloh bknnya jauh. Membebel sorg2. Aku takut. Aku sakit. Aku risau semua ada.
        Last2 terpancul jgk dia kat pintu macam biasa trsenyum je...trus hilang smua rasa td. Mestilah incik suami pembakar semangat dah dtg. Cam org dpt tgk superman. Dia bt lawak bagai. Nak suh aku gelak. Masa tu sakit sikit2 je. Pastu dorg masukkan drip, pastu masukkan ubat. Allah saja yg tahu sakitnya kat bahagian belakang. Rasa nak bengkokkn bdn je tp dorg tak bg. Bacaan jantung baby trus drop dan drop dan drop lg. Dan trus jd satu line je. Masa tu suami ckp apa pon aku dh xpaham. Cik nurse ng dktor kua masuk. Jln still lg xbukak. Dia suh sign surat tuk bedah. Aku men bantai sign je dorg baca apa2 pon xmasuk dlm kepala aku.
       Masa dorg pakaikan tiub kat salur kencing, sakitnya memang berganda. Palang besi tu yg jd saksi berapa kuat cengkaman aku. Klau lengan org kompem dah lebam bagai. Selesai smua aku ditolak ke bilik bedah. Nampak incik suami, tp maaf dah tak boleh nak balas snyum dia. Masa dia bt peace dlm lif tu pon rasa nak gelak sebnrnya tapi rasa sakit tidak membenarkan. Sebelum masuk bilik bedah kna jumpa dlu ng dktor bius. Dia explain, aku suh dia cpt2 je cakap aku setuju smua. Tolonglah dktar saya dah tak tahan ni. Masuk bilik bedah mak aih sejuk takyah cite. Masuk drip kiri kanan tgn. Pastu dia suh bangun bongkokkn badan dan terasa jarum itu dicucuk kat bahagian belakang. Kejap je trus sakit hilang. Baring dan redha saja perut aku di bedah. Walaupun mata dah kna tutup tp aku nmpak je smua yg dorg bt kat lampu. Pantulan. Saat dibedah,saat baby kluar dan saat smua selesai dijahit.
          Bila keluar je anak dara ni, trus dia menangis..tangisan pertama yg bt airmata aku gugur. Syukur Kau permudahkan segalanya dan syukur Kau panjangkan nyawa dia.
          Boy or girl. Kompemla girlkan aku jawab. Rasa cam pening2 skit, tp confident tu kna ade. Dan kemudian dorg trus bawak baby pergi. Aku dibawa ke bilik lain plak. Untuk incubate sebelum dibawa ke wad. Dtg 2org dktor laki, explain pasal baby. Dorg bwk baby pegi NICU untuk pemantauan sbb baby tak cukup bulan dan jantung tak stabil. Lepas tu aku dimasukkan ke wad. Jumpa ng incik husband dia bg kiss kat dahi sebagai hadiah. Hebat tak sayang?..hehehehe.
        Pening lalat sampai sehari suntuk. Muntah2 nak makan tak boleh. Hari kedua baru okay. Nak g tgk baby pon xdpt sbb aku rasa cam nak pitam kesan ubat bius tu. Cuma bleh bersyukur bila incik suami tnjuk gambar baby. Comelnya anugerah Mu ya Allah. Syukur. Cukupla dulu...korang pon dah pening lalat baca kan. Wasalam.
         

No comments:

Post a Comment