Friday, October 7, 2016

Mimpi

Lelap mata 
Terbang ke alam lain
Bertemu sang teruna 
Senyum terukir indah bibir
Sambil menghulur sekeping potret
Ukiran wajah tatapan hatinya
Aku senyum terharu
Rupanya wajahku masih dihatinya
Gengam erat tangannya
Aku rindu saat bermadu kasih
Dan mimpi berlalu
Aku ingatkan realiti
Dan senyum itu hilang dari bibir
Insan itu masih disisi 
Cuma selebihnya hanya fantasi
Cuba lelap mata 
Dengan harapan
Moga bertemu dia yang dulu lagi

No comments:

Post a Comment